Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita masih diberikan peluang olehNya untuk terus beribadat mencari keredhaan di dunia & akhirat. Alhamdulillah..
5 februari bersamaan 12 Rabiulawal 1433 adalah Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Aku cuma nak kongsi serba sedikit tentang pengorbanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya.Bayangkanlah…
Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Apa yang aku nak simpulkan kat sini pasal sesetengah manusia yang sangat berkira untuk saling bantu-membantu diantara satu sama lain. Ada sesetengah nya plak tolong hanya untuk mendapat perhatian dan mendapat pembalasan. Wajar ke tu? Tujuan aku bagitau korang semua adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri jugak, sama-sama la kita buang segala sikap negatif dalam diri kita sebelum terlambat..
Cubalah kita contohi sikap terpuji Rasulullah S.A.W. Pada masa yang sama kita renungkan sejenak. Kalaulah dalam keluarga sendiri kita boleh bersikap ‘cukup berkira’ dalam melakukan pengorbanan, bagaimana pula kita dengan orang luar? Jikalau pun kita hanya melakukannya kepada keluarga, pernahkah kita terfikir orang luar boleh melakukan perkara yang sama?
Ingatlah, kehidupan ini berputar ibarat roda. Jika hari ini kita berbuat tidak baik terhadap orang, suatu hari kita juga akan menerima nasib yang sama.
Akhir kata, Salam Maulidur Rasul dan berjutaan terima kasih kepada semua yang sudi membaca (^_^)
Semoga ukhwah yang diantara kita sentiasa terpelihara.. Amin..
Dan aku hadiahkan korang sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Al-Mizan dengan lagu yang berjudul Junjungan Mulia.
*maaf post kali nie panjang ckit..
Terima Kasih, Have a nice day !(^_^)
Junjungan Mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Why I English
1 month ago
betul3.. kita kena baik dgn semua orang dan yg penting ikhlas... hehehe
ReplyDeleteSELAMAT MAULIDUR RASUL jugak :)
Contohi sifat2 terpuji Nabi kita