Banyak mesej dalam lagu ni, layan la..
Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdillah & Malique
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada
tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang
batil
Detik dua usul ditutup satu lagi
tampil
Dari halaman rusuk kiri satu
susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk
jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara
bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan
keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam
rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup
dalam guni
Mana cepat terbang atau warna
gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di
persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan
ihsan
Ubat parut auditori kesan
artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul
tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali
tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik
hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah
dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal
usia
Ku dihukum masuk neraka oleh
manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu
tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan
saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka
segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik
guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi
tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada
nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah
diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka
menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak
warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama
maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu
yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak
untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak
miranda
Pura-pura dengar, telan tapi
tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka
tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila
baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir
alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada
tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada
tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada
tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa
yang kubayangkan
Thank you, Have a nice day! (^_^)
lagu best!
ReplyDeletehaah best kan...
ReplyDelete