Good morning! (^_^)
Alhamdulillah pagi nie aku rasa happy sangat tak tau kenapa dan mengapa. Dan oleh kerana itu mood aku untuk berblog pun semakin memuncak jadi aku nak mengarut sikit la pagi-pagi neh,hehe..
Apa ke benda yang aku nak karutkan pagi ni? Takde pape pun sebenarnya,haha padan muka korang tertipu.. Ok aku ada masa lagi 10 minit untuk mengarut sebelum aku pergi jogging. Idea idea......
Hahh dah datang! cepat betul otak aku memikirkan idea. Jadual hari minggu.. Best tak idea aku? mesti
Tanggungjawab yang perlu aku pikul pada hujung minggu :
1) Pagi
- mandi sikit sikit je coz sejuk
- solat subuh
- breakfast susu lembu tu pun kalau lembu sempat taja la.
- jogging kat masjid terapung
- mandi lagi sebab dah busuk mandi peluh
- minum pagi yang berat-berat sikit mungkin daging lembu diatas yang telah disalai. *haha aku tipu.
- jadi bibik kemas rumah
2) Petang
- masak untuk makan, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan, ingat tuh! *ingatkan diri sendiri coz slalu makan sampai tak sedar diri.
- solat zuhur
- tengok tv sampai pengsan *mungkin masa tu tv tengok aku,haha
- minum petang sup tulang lembu yang kat atas jugak *tipu lagi
- solat asar
- shopping macam mak-mak *beli barang dapur
- mandi
3) Malam
- solat maghrib
- makan buat yang sekian kalinya
- tengok tv lagi sambil bincang perihal dunia sekarang dan masa depan
- solat isyak
- masa untuk blogwalking, google abih segala benda yang ada
- masa yang paling aku tunggu-tunggu --> TIDUR!! bahagianya...
Ok habis dah masa aku untuk mengarut. Alamak aku dah terlebih 5 minit, nak pergi jogging, tata!
Thank you, Have a nice day! (^_^)
Hihi...manakala saya pula dalah tido sahaja 24 jam..tido makan tido makan tido makan..
ReplyDeleteurm,jemput join contest Kedai Kiz "The OH!SEM tagline contest" yer,,
KizZ: insyaallah sy join:')
ReplyDeleteBagus2 aktiviti bnyk tido kurang..hehe..Kat part masak tu suka mak mertua kalau baca..hehe..
ReplyDeletehihi masak sebab malas nak kuar rumah beli makan..
ReplyDelete