CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Saturday 23 June 2012

Setelah Sekian Lamanya~~

Assalamualaikum...

Here I come. Such a long time I'm not update my blog.

Actually aku bukan saja-saja tak nak update cuma entahlah.. Terlalu sukar untuk digambarkan dengan tulisan, takut tak sampai kat orang yang membaca. Baiklah abaikan tentang semua tu. Setelah sekian lama aku tak expect masih ada orang yang akan jengah di blog nie oleh itu aku sangat terluang untuk menulis apa saja yang terlintas di hati.

Rasa macam excited sangat arini sebab ada 'SOUL' nak berblogging balik (^_^) dah berhabuk blog neh, sian dia.. Mintak maaf ye blog ku sayang... lepas nie saya akan rajin-rajin menaip :') dan aku lebih selesa kalau takde orang baca blog aku neh sebab lepas nie aku tak nak da tulis cerita tentang orang lain, I'm just want to write about myself!

Ok jom mulakan.....(^_^)

Mulai saat nie aku dah tak leh makan western food, tak leh makan ayam, tak leh makan telur dan segala-gala yang allergic to my skin. Sangat sedih bukan? Semenjak dua menjak nie allergic tu makin kuat, makan sikit pun dapat kesannya :'( Sebenarnya memang lama da berpantang tak makan sume tu tapi semalam entah macam mana ter'ORDER McD breakfast yang ada telur ngan ayam, cehh ter order konon padahal memang nak pun. Mau nyer tak sume kawan-kawan aku order mana boleh aku terkecuali. haha kelass kau mek! Sekarang kau rasakan padahnya. :'(

Ada ubat ke?

Entah lah sebab aku tak jumpa Dr lagi, kalau aku jumpa pun confirm Dr cakap jangan makan benda-benda yang awak allergic. Tapi apa boleh buat kadang-kadang aku degil,haha.. Tapi aku akan makan dengan lebih berhati-hati lepas ni, I'm promise :')

Ok lah setakat nie je untuk hari nie, kena tidur awal coz esok nak test lesen kete :') Semoga aku lulus test esok! Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, Amiin.




Thank you, Have a nice day! (^_^)






Wednesday 25 April 2012

Kisah Teladan : Sang kancil, Buaya dan Kerbau

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat kisah telandan orang-orang lama. Kisah-kisah nie semua memang penuh dengan mesej bagi semua umat manusia yang peka tentangnya. Salah satunya macam kisah Sang Kancil, Buaya dan Kerbau nie la..






Antara mesej-mesej yang cuba disampaikan dalam cerita nie :

1) Kebaikan yang selalu dibalas dengan kejahatan tapi akibatnya akan memakan diri sendiri juga.
2) Ilmu adalah sangat penting untuk menjadi bekalan menjalani kehidupan. Fikiran pelita hidup kita.
3) Jangan cepat lupakan diri dengan sanjungan kerana setiap apa yang berlaku ada sebab musabab yang tertentu.
4) Jangan memandang hina pada yang rendah kerana pucuk yang tinggi menjulang awan ditanggung oleh pangkal yang terbenam di tanah.
5) Masa susah kenal kawan masa senang makan kawan walau bagaimanapun kejahatan tetap akan dibalas! Beringatlah sesama kita (^_^)
6) Membalas budi dengan kejahatan, itulah corak dunia hari nie tapi mungkin bukan semua la kot..



Yang bodoh sentiasa menjadi mangsa si bijak pandai
Yang lemah sentiasa menjadi mangsa si gagah
Siapa cepat dia dapat dapat
Siapa lambat dia kecewa
Siapa malas hidupnya sia-sia

Yang baik diturut, yang buruk jadikan sempadan
Agar hidup mulia berbudi dan sempurna ertinya

Kadang-kadang kita lupa orang yang telah berjasa dengan kita malah membalas kebaikan itu dengan kejahatan. Mana hilangnya jati diri orang kita??

Maaf jika ada yang terasa, sekadar memberi peringatan pada diri sendiri yang tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan tanpa sedar.. Renung-renungkan~~ (^_^)

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Wednesday 28 March 2012

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Suara liyana dalam lagu Cinta Bersatu macam lain sangat dengan suara dia dalam lagu Aku Tak Percaya Cinta. Mungkin sebab sekarang hati banyak senang kot, yelah kan dah nak bertunang.. Cuba korang dengar lagu baru nie lunak merdu gitu suaranyerr..


 

                                              Comel sangat liyana jasmay nie kan kan kan..?




Lirik lagu Cinta Bersatu


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


Tuesday 27 March 2012

Wordless Wednesday #5 : Ini Bukan Bola!

Assalamualaikum...

Nina *bukan nama sebenar : Eh yana.. Mujur tak gelecek tadi ingatkan bola..
Me : T__T  look...............!


                


                                                           Is it same? of course......





Thank you, Have a nice day! (^_^)

Sunday 25 March 2012

Anak Kampung - Jimmy Palikat ft One Nation Emcees

Nie lagu lama dari Jimmy Palikat tapi telah diberi nafas baru bersama One Nation Emcees.
Syok je lagu nie,huhu...

 







Lirik lagu Anak Kampung

Memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik 
memang tidak padan dan tidak sepadan

aku anak kampung 
tiada pelajaran 
kuli-kuli sahaja 
memang tidak padan 
kiut bah kau itu 
ramai yang tergoda lagi yang jelita

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

kita masih muda masih ada masa
janganlah kau cari gadis macam saya

engkau memang cantik 
nanti kau menyesal tiada guna

Anak kampong ku anak kampong
Tidak padan tidak sepadan

Hai si gadis yang manis
Ku simpan duit sampai perut kempis
Kalau dah cukup kita renjis-renjis
Jangan kau nangis menu kita ikan bilis

Dia sanggup buat apa saja
Siang malam overtime kerja
Laman facebook tak sempat buka
lama kau sedih dan kecewa

jangan kau sedih sabar kau ya
nanti kereta rumahku buat kau bahagia
bukan undur diri belum bersedia
kau tunggu saja

tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara 
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

engkau masih muda banyak lelaki tertawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna


p/s: Sebab tu la belum kawin :'(

Untuk Dia - SleeQ ft Najwa Latif

Gabungan sleeq ngan ramlah ram memang menjadi kan? Cuba korang tengok plak gabungan sleep dengan gadis youtube nie best jugak. Jom layan~~

                                                         Sangat comel kan kan kan..?






Untuk Dia - SleeQ ft Najwa Latif


Kuatkan radio,
kuatkan radio anda
Kuatkan radio,
kuatkan radio
Aku yang patut, 
yang patut 
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya,
semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL,
Ooh KL Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut 
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey)
Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey)
Jadi engkau yang patut,
yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu,
ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Wahh sweet gilerr Awal & Scha.. I like!

Assalamualaikum...

Untung sangat scha kan? Bestnya kalau dapat lamaran camni. Memang tak la kan,huhu.. Btw diaorang berdua nie memang sangat sepadan. Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Congrats!








p/s: saya nak jadi isteri solehah (^_^)

Thank you, Have a nice day!

Friday 23 March 2012

Tips Penjagaan Baju

Assalamualaikum..

Petang nie saya nak kongsikan tips bagaimana cara untuk menjaga pakaian yang kita pakai seharian. Yela kadang-kadang semua orang anggap nie benda yang remeh walhal pakaian jika tidak dijaga dengan baik akan cepat rosak dan warna pun tak menarik. Jadi jaga lah pakaian anda sebaiknya supaya pakaian itu boleh dipakai lama (^_^)


Cara terbaik untuk pastikan pakaian tahan lama

1)  Mencuci
-          Selepas membasuh dan mengeringkan pakaian, jangan biarkan ia dibiar terperap lama dalam mesin, sebaliknya teruslah jemur di bawah cahaya matahari.
-          Pakaian yang dibiar terperap dipercayai menyumbang kepada pertumbuhan bakteria. Selain fabrik mudah mereput, baju yang dibiar terperap akan hapak dan lembap.
-          Teliti juga soal penggunaan pencuci pakaian yang secara tidak langsung memberi kesan kepada warna fabrik.


2    2)    Jemur
-          Rajin-rajinlah menjemur pakaian terutama di ruang terbuka. Seeloknya biarlah pakaian dijemur di bawah cahaya matahari yang dipercayai dapat memberi pakaian ‘bernafas’ dan kering sepenuhnya. Pakaian yang tidak kering sepenuhnya secara tidak langsung memberi kesan jangka panjang kepada fabrik.



3    3)    Lipat
-          Usah biarkan pakaian berlonggok tanpa dilipat. Dengan melonggokkan saja pakaian, ia akan  menambahkan renyuk dan lebih sukar untuk digosok. Apabila pakaian dilipat, kuranglah kerja-kerja menggosok yang sukar.
-          Andai malas untuk melipat, lebih baik gantungkan pakaian supaya tugas menggosok lebih mudah.



4    4)    Gosok
-          Elak menggosok pakaian dalam keadaan lembap atau belum cukup kering kerana ia memberi kesan kepada fabrik. Selain pakaian terdedah kepada suhu panas melampau, warna dan kualiti pakaian mudah terjejas jika dilakukan berulang kali.

                 



5    5)      Rehatkan baju
-          Kedengaran agak lucu tetapi lebih baik jika pakaian tidak disarung berulang kali bagi mengelakkan ia  cepat rosak atau mungkin orang lain akan  perasan kamu mengenakan baju yang sama berulang-ulang kali. Kitaran dua atau tiga minggu untuk persalinan dipakai semula mungkin baik diamalkan terutama pakaian pejabat. 



p/s: bagi tips sambil mengingatkan diri sendiri,huhu..

Thank you, Have a nice day! (^_^)


Thursday 22 March 2012

Jangan Pernah Lupa untuk Bersyukur!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini masih diberi kelapangan masa dan ruang bagi mengisi kekosongan blog yang setelah sekian lama tak di update. Di kesempatan nie aku nak panjatkan sepenuhnya rasa syukur yang tidak berbelah bagi kepada Allah SWT kerana telah menyempurnakan hari-hariku. Pernahkah anda rasa tenang dan senang meskipun dilanda seribu satu masalah? ya itulah yang terjadi kat aku saat nie! (^_^)

Semoga semua ini tidak terhenti disini.

Syukur Alhamdulillah. (^_^)




*maaf jika semua entry terbaru saya amat membosankan.
*Jangan pernah lupa untuk bersyukur!

Terima Kasih kepada semua yang masih sudi untuk buka blog nie, Have a nice day! (^_^)

Monday 12 March 2012

Today is My First Day as Caterer (^_^)

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT...

Thanks to my colleagues Mustain ahmad nazir kerana telah mencadangkan saya sebagai tukang masak untuk pelatih-pelatih TNB kat MSTB selama satu minggu hooyeehh!

Terasa seperti mendapat cabaran yang sungguh besar. Maklumlah sebelum nie tak pernah memasak untuk ramai orang. Orang luar plak tu. Berdebar tu tak usah nak cakap la.. Masa tengah masak aku asyik doa jer supaya masakan aku cukup-cukup rasa dan dapat memuaskan hati semua pelanggan. cheewaahh ko nyah bercakap macam chef profesional!


Yela apa tak nya aku rasa excited gila-gila dapat jadi caterer coz aku memang suka masak gila-gila. Makan gila-gila. Tidur gila-gila. Semua la gila-gila. Hahah!

Semalam balik je dari Kota Tinggi, aku terus menjalankan tanggungjawab besar aku *bajet pikul tanggungjawab negara. Habis barang dalam Tesco Puchong aku borong,haha.. Kira semalam macam shopping ala-ala chef la.. uwekk..!

Tapi memang agak banyak jugak la barang yang aku borong semalam sampai aku terpaksa amik teksi balik rumah. Antara barang-barang yang aku beli macam inilah :

1) Telinga gajah aka kuali sebesar rumah.
2) Perigi air panas aka Rice Cooker besar gedabak untuk 20 orang makan.
3) Pembancuh simen aka Blender

Banyak lagi barang yang aku beli tapi telah disenaraipendek kat sini,haha.. Nanti korang muntah plak aku tulis banyak sangat.

Dan untuk menu breakfast pagi ni aku masak Nasi Goreng Kampung dan Keropok Goreng. Pastu beli aneka kuih muih kat kawasan rumah. Aku boleh je nak buat kuih sendiri tapi dah ada ramai orang jual kuih kat kawasan rumah aku tu so aku beli jela dengan niat untuk membantu menghabiskan jualan mereka. Di samping tu ada juga orang yang dapat manfaat bila aku jadi caterer nie kan. Tak gitu??




Insyaallah jika ada kelapangan masa aku akan share resepi nasi goreng kampung yang simple tapi sedap ni ok? Setakat ni jela untuk buat masa ni, see u next entry!

Thank you, Have a nice day! (^_^)



Tuesday 6 March 2012

Surat Untuk Anakku...


Assalamualaikum...

Anakku,
Dirimu telah diasuh dengan penuh kasih sayang. 
Sampainya hatimu mengecewakan diriku.
Kau pergi jua setelah sekian lama kita bersama. 

Anakku, 
mengapa aku diperlakukan sedemikian rupa? 
Apakah salah dan silap ibumu?
Beritahu lah! Agar aku tahu dan tidak mengulanginya kepada adik-adikmu yang lainnya.

Anakku,
Kau telah dilahirkan pada tahun 2007 dengan kembarmu yang telah pergi tidak lama dahulu. 
Kini kau pula mengikuti jejaknya.
Sampainya hatimu!
Sampainya hatimu meninggalkan ibumu bersendirian tanpa meninggalkan teman untukku. 

Oh anakku.. 
Setelah 5 tahun berlalu, akhirnya kau cipta jurang diantara kita.
Mungkin ini salahku kerana tidak betah mendidikmu sehingga kau pergi dulu sebelumku.
Kau terlalu banyak didedahkan dengan dunia luar yang serba canggih. 
Setiap hari kau berkhidmat untukku dan melayan segala kehendak hati ibumu sehingga kini kau tidak mampu lagi melayani semua ini. 
Kau pergi setelah lelah memuaskan segala kehendak ibumu.

Oh anakku..
sungguh berjasa dirimu padaku. 
Dulu, kau sentiasa membantuku bagi menyiapkan segala report dan assignment yang telah diberi padaku.
Kau sentiasa menghiburkan aku dengan gelak tawamu,
Kau sentiasa menyajikan aku cerita-cerita yang bisa membuatkan aku dan sahabatku ketawa. 
Sungguh berjasa dirimu.
Surat ini ditulis khas buatmu anakku, 
Kerana sentiasa setia bersamaku hingga akhir hayatmu. 
Kau ratu hatiku. 
Kau penawar jantungku, 
kau menyeri hidupku. 
Kini kau pergi jua meninggalkan aku sepi(eh,macam lagu plak). 

Sambung balik. 

Anakku, 
aku relakan pemergianmu. 
Semoga kau sejahtera disana bersama adik kembarmu. 
Biarlah ibumu ini tidak berteman sehingga cukup duit untuk mencari pengganti dirimu. 
Oh anakku acer4720… 
sob sob sob… 


Sunday 4 March 2012

Begini Caranya - Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Assalamualaikum..

Pernah dengar lagu nie? Kalau tak pernah jom layan..                                                                                          

                                  

Comel sesangat mereka nie!






Begini Caranya by Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Aku tak bisa menyatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Begini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Begini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku



Amacam? best tak? ok la kan.. boleh tahan jugak suara dia orang nie. Tak gituu??


Thank you, Have a nice day! (^_^)

Thursday 1 March 2012

Mari Berzikir

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk bertemu dengan 'Jumaat' penghulu segala hari.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).


Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)



Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)








p/s: Berdoa dan berzikir lah selagi kita masih diberi peluang oleh-Nya.

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Tuesday 28 February 2012

Wordless Wednesday #3: Family is Everything!

With 
Family
 Nothing Rugi
-quote from my friend..





Khas untuk Jejaka Muslim diluar sana..

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari aku bersara dari berblog hari ni aku kembali aktif. Bukan senang nak mendapatkan mood untuk berblog ni.

Hari Jumaat lepas kawan aku ada tanya syarat-syarat sah solat jumaat bukan apa sebab aku tengok ramai lelaki yang tak menyertai khutbah jumaat mungkin mereka ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan siapa tau kan....? Jadi aku buat la research balik tentang solat jumaat ni maklumlah setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan semua lupa,hehehe...

Kepada si jejaka yang masih kabur dan yang dah lupa tu aku kongsikan sikit sebanyak yang aku tahu pasal solat jumaat. Selamat beramal (^_^)


Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dengan syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Firman Allah SWT ;


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),
dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"
ayat 9 : Surah al-Jumaat

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
1. Islam
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim

BERMUKIM, BERMASTAUTIN, DAN BERMUSAFIR
1.  Bermusafir ialah orang yang dalam perjalanan lebih daripada dua marhalah (lebih kurang 98 km). Solat Jumaat yang dikerjakan adalah sunat dan tidak dikira dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat.

2.  Bermastautin ialah orang yang tinggal menetap di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk berpindah ke tempat lain. Solat Jumaat adalah wajib kepadanya dan termasuk dalain bilangan 40 orang ahli Jumaat.

3.  Bermukim ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk menetap di situ selama-lamanya. Solat Jumaat adalah wajib baginya tetapi tidak termasuk dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
1. Ditunaikan pada tempat khas.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3.  Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat  Jumaat.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمْ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنْ الْغَافِلِينَ
Orang ramai hendaklah berhenti daripada melupakan solat Jumaat atau Allah menutup hati mereka, kemudian mereka termasuk dalam golongan yang lupa. Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasaie.

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الْجُمُعَةِ بُيُوتَهُمْ
Aku bercadang untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.

KHUTBAH JUMAAT
Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.
Khutbah Jumaat adalah salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah. Jadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَة ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم
"Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri" Hadis riwayat Muslim

RUKUN KHUTBAH JUMAAT
1. Memuji Allah seperti Alhamdulillah
2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW
3. Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah seperti Ittaqullah (إتق الله)
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
5. Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin sekurang-kurangnya
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات


SYARAT-SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
1. Telah masuk waktu Zohor
2. Didahulukan bacaan Kutbah daripada Solat Jumaat
3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dengan solat Jumaat
5. Khatib hendaklah seorang lelaki
6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
8. Khatib hendaklah menutup aurat
9. Khutbah hendaklah disampaikan dengan jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
11. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)

Ini jela yang boleh aku share, semoga akan bermanfaat kepada semua jejaka dan juga gadis diluar sana. Ingat walaupun kita perempuan tak semestinya kita tak perlu ambil tahu semua ni. Mungkin suatu hari nanti anak lelaki anda akan bertanya siapa tahu kan...? 

Thank you, Have a nice day! (^_^)


Saturday 25 February 2012

Aku Maafkan Kamu..

Assalamualaikum...

Banyak mesej dalam lagu ni, layan la..



Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdillah & Malique



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Thank you, Have a nice day! (^_^)

Aneh! Bagaimanakah ianya berlaku?

Assalamualaikum...

Entah apa yang aneh. Haha aku saja buat tajuk gempak padahal bendanya takde la aneh mana sangat pun. Korang nilai la sendiri aneh ke tak ya.

Tengok gambar kat bawah ni betul-betul. Apa yang korang nampak? Ada 1 titik kecil warna merah dan 1 bulatan besar warna biru. Nampak tak? Kalau tak nampak buka mata korang luas-luas sampai terkeluar biji mata. Sekarang nampak tak? Kalau tak nampak jugak pendek umur.*cerita nujum pak belalang,hihi..


Sekarang semua dah nampak kan? Pandang tepat kat titik merah tu selama lebih kurang 30 saat pastu tengok apa yang korang nampak.


Selamat mencuba...



Apa yang korang nampak?

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Ini Tidak Adil! Serius comel & lawak~~

Assalamualaikum...

Apa yang tak adil? hah ni la nak cerita.. Tengah aku duk internetwalking tadi jumpa la si comel najmi ni duk nyanyi lagu yuna. Comel sesangat! sebelum nyanyi bismillah dulu habis nyanyi siap bagi salam.

layan la video comel neh..



Comel kan?

 Thank you, Have a nice day!(^_^)

Friday 24 February 2012

Orang Tentu Kata... OK!!

Assalamualaikum...

Apa aktiviti yang biasa orang buat time cuti? Entah aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya bagi mak-mak kat luar tu mesti pergi pasar beli barang dapur untuk dijadikan stok.

Sesapa yang nak shopping barang-barang dapur aku mencadangkan korang pergi ke pasaraya OTK coz sekarang tengah ada promosi harga bazar!  Promosi ni hanya dari 24 Feb sampai 11 Mac jer..

Antara barang-barang yang murah dijual dari harga RM1.00 - RM10.00, bukan cikai punya barang tau! Kalau korang percaya meh datang sendiri tengok. Korang jangan salah faham aku promote bukan sebab aku kerja kat situ tapi bagi menghargai jasa orang yang hantar flyers ni,huhu tq!

Ni senarai harga barang-barang yang murah bermula dari harga RM1.00 jer..

RM1.00
1) Bihun cap menara
2) Drinho soya jagung -2 tin
3) Biskut captain munch choc chip
4) Berus gigi colgate classic
5) Sabun, syampu dan losyen bayi
6) Sabun aktif detergent
7) Pure & fine hair gel
8) Liso handwash
9) Aiskrim cremo
10) Pisau,senduk,sudu,garfu dan macam-macam lagi la.. *nak tulis semua esok pun tak abih..


RM2.00
1) Sardin Moli
2) Kicap lemak cap pelangi
3) Buah laici dalam tin
4) Biskut cream cracker siang-siang
5) Ikan patin
6) Marjerin Sri
7) Bekas tupperware
8) Bakul sampah
9) Aneka mi cap Salam
10) Penyodok dan banyak lagi barang keperluan rumah.

RM3.00
1) Mayonis Telly
2) Kek chiffon Fuji
3) Peluntur cap Pipit
4) Jem roti dan biskut pelbagai perisa
5) Jus Oren Goodday
6) Pelembut fabrik De'free
7) Pembersih muka Pure & Fine
8) Ikan terubuk
9) Ayamadu chicken
10) Bakul,baldi, rak kecil dan sebagainya..


Tunjuk gambar sebagai bukti,hihi..






Banyak lagi barang-barang yang murah tapi aku tak larat nak tulis semua, lagipun kalau aku tulis semua mesti korang muntah tengok banyak sangat. Tunggu apa lagi? Jom serang pasaraya OTK!!

Promosi ni hanya terdapat di Pasaraya  OTK kat Gombak, Sentul dan Puchong. Sesapa yang jauh tu minta maaf la ye. Nanti aku survey kat tempat lain plak.

Thank you, have a nice day! (^_^)