Petang nie saya nak kongsikan tips bagaimana cara untuk menjaga pakaian yang kita pakai seharian. Yela kadang-kadang semua orang anggap nie benda yang remeh walhal pakaian jika tidak dijaga dengan baik akan cepat rosak dan warna pun tak menarik. Jadi jaga lah pakaian anda sebaiknya supaya pakaian itu boleh dipakai lama (^_^)
Cara terbaik untuk pastikan pakaian tahan lama
1) Mencuci
-
Selepas membasuh dan mengeringkan pakaian,
jangan biarkan ia dibiar terperap lama dalam mesin, sebaliknya teruslah jemur
di bawah cahaya matahari.
-
Pakaian yang dibiar terperap dipercayai menyumbang
kepada pertumbuhan bakteria. Selain fabrik mudah mereput, baju yang dibiar
terperap akan hapak dan lembap.
-
Teliti juga soal penggunaan pencuci pakaian yang
secara tidak langsung memberi kesan kepada warna fabrik.
2 2) Jemur
-
Rajin-rajinlah menjemur pakaian terutama di
ruang terbuka. Seeloknya biarlah pakaian dijemur di bawah cahaya matahari yang
dipercayai dapat memberi pakaian ‘bernafas’ dan kering sepenuhnya. Pakaian yang
tidak kering sepenuhnya secara tidak langsung memberi kesan jangka panjang kepada
fabrik.
3 3) Lipat
-
Usah biarkan pakaian berlonggok tanpa dilipat.
Dengan melonggokkan saja pakaian, ia akan
menambahkan renyuk dan lebih sukar untuk digosok. Apabila pakaian
dilipat, kuranglah kerja-kerja menggosok yang sukar.
-
Andai malas untuk melipat, lebih baik gantungkan
pakaian supaya tugas menggosok lebih mudah.
4 4) Gosok
-
Elak menggosok pakaian dalam keadaan lembap atau
belum cukup kering kerana ia memberi kesan kepada fabrik. Selain pakaian
terdedah kepada suhu panas melampau, warna dan kualiti pakaian mudah terjejas
jika dilakukan berulang kali.
5 5) Rehatkan baju
-
Kedengaran agak lucu tetapi lebih baik jika
pakaian tidak disarung berulang kali bagi mengelakkan ia cepat rosak atau mungkin orang lain akan perasan kamu mengenakan baju yang sama
berulang-ulang kali. Kitaran dua atau tiga minggu untuk persalinan dipakai
semula mungkin baik diamalkan terutama pakaian pejabat.
p/s: bagi tips sambil mengingatkan diri sendiri,huhu..
Thank you, Have a nice day! (^_^)
tips untuk semua perempuan..patut tahu supaya senang nak uruskan rumah tangga nanti :)
ReplyDeleteooo kena rehatkan baju saya ni. so kena beli baju baru, hahaha
ReplyDeleteHidayah: ya betul benda basic ni tapi ramai jugak yang tak tau..huhu
ReplyDeleteAnn: jom beli baju baru dekat dah gaji ni..hihi
Wah, terbaek la tips ni. Nak kena apply jgk ni.
ReplyDelete*tips yg #5 tu mmg dah apply. dua tiga minggu baru I basuh baju...huhu. :)
Zamri: haha baju banyak boleh la rehatkan baju lama-lama, macam saya nie rehatkan baju seminggu lebih sikit je dah takde baju untuk dipakai..huhu
Delete