CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Friday 23 March 2012

Tips Penjagaan Baju

Assalamualaikum..

Petang nie saya nak kongsikan tips bagaimana cara untuk menjaga pakaian yang kita pakai seharian. Yela kadang-kadang semua orang anggap nie benda yang remeh walhal pakaian jika tidak dijaga dengan baik akan cepat rosak dan warna pun tak menarik. Jadi jaga lah pakaian anda sebaiknya supaya pakaian itu boleh dipakai lama (^_^)


Cara terbaik untuk pastikan pakaian tahan lama

1)  Mencuci
-          Selepas membasuh dan mengeringkan pakaian, jangan biarkan ia dibiar terperap lama dalam mesin, sebaliknya teruslah jemur di bawah cahaya matahari.
-          Pakaian yang dibiar terperap dipercayai menyumbang kepada pertumbuhan bakteria. Selain fabrik mudah mereput, baju yang dibiar terperap akan hapak dan lembap.
-          Teliti juga soal penggunaan pencuci pakaian yang secara tidak langsung memberi kesan kepada warna fabrik.


2    2)    Jemur
-          Rajin-rajinlah menjemur pakaian terutama di ruang terbuka. Seeloknya biarlah pakaian dijemur di bawah cahaya matahari yang dipercayai dapat memberi pakaian ‘bernafas’ dan kering sepenuhnya. Pakaian yang tidak kering sepenuhnya secara tidak langsung memberi kesan jangka panjang kepada fabrik.



3    3)    Lipat
-          Usah biarkan pakaian berlonggok tanpa dilipat. Dengan melonggokkan saja pakaian, ia akan  menambahkan renyuk dan lebih sukar untuk digosok. Apabila pakaian dilipat, kuranglah kerja-kerja menggosok yang sukar.
-          Andai malas untuk melipat, lebih baik gantungkan pakaian supaya tugas menggosok lebih mudah.



4    4)    Gosok
-          Elak menggosok pakaian dalam keadaan lembap atau belum cukup kering kerana ia memberi kesan kepada fabrik. Selain pakaian terdedah kepada suhu panas melampau, warna dan kualiti pakaian mudah terjejas jika dilakukan berulang kali.

                 



5    5)      Rehatkan baju
-          Kedengaran agak lucu tetapi lebih baik jika pakaian tidak disarung berulang kali bagi mengelakkan ia  cepat rosak atau mungkin orang lain akan  perasan kamu mengenakan baju yang sama berulang-ulang kali. Kitaran dua atau tiga minggu untuk persalinan dipakai semula mungkin baik diamalkan terutama pakaian pejabat. 



p/s: bagi tips sambil mengingatkan diri sendiri,huhu..

Thank you, Have a nice day! (^_^)


5 comments:

  1. tips untuk semua perempuan..patut tahu supaya senang nak uruskan rumah tangga nanti :)

    ReplyDelete
  2. ooo kena rehatkan baju saya ni. so kena beli baju baru, hahaha

    ReplyDelete
  3. Hidayah: ya betul benda basic ni tapi ramai jugak yang tak tau..huhu
    Ann: jom beli baju baru dekat dah gaji ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Wah, terbaek la tips ni. Nak kena apply jgk ni.
    *tips yg #5 tu mmg dah apply. dua tiga minggu baru I basuh baju...huhu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zamri: haha baju banyak boleh la rehatkan baju lama-lama, macam saya nie rehatkan baju seminggu lebih sikit je dah takde baju untuk dipakai..huhu

      Delete