Assalamualaikum..
Huh tajuk aku arini mencabar sungguh.
Ada kawan aku request suh letak cara-cara nak kempiskan perut.
Aku tak tau la perut dia buncit ke kempis yang pasti lepas baca blog aku nak perut dia kempis bila jumpa aku. Kalau tak sia-sia jer aku bagi tips tapi orang tak hargai..
Amacam? Ade berani?? hihi ayat separuh ugutan.. Ok ni die tips nyer..
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Untuk pengetahuan korang sehari aku minum sekurang-kurangnya 3liter air masak, bila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. So minum la air masak sampai lebam..
2. Makan Perlahan-lahan.
Masa tengah makan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. Pastu kalau boleh jangan terus minum air lepas makan, at least tunggu 5-10minit.
3. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini. Aku hari-hari makan buah prune pastu minum susu dan semestinya proses percernaan & pembuangan berjalan lancar,hehe..
4. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Ok kalau bab ni aku memang bagi tabik spring kat mak aku coz semua makanan yang dia masak kurang garam, thanks mum, I LOVE U alot! Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
5. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Hah yang nie memang favourite aku di hujung minggu, bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Just try it!
Terima Kasih, Have a nice day ! (^_^)
Why I English
1 month ago
hehehe..sape yg mintak tips ni? bagus jugak.. hehehe.. tq
ReplyDeletemy best friends.. ur're welcome!
ReplyDeletenak ikut bersenam lah cmni..huhu~
ReplyDelete