CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Tuesday, 28 February 2012

Wordless Wednesday #3: Family is Everything!

With 
Family
 Nothing Rugi
-quote from my friend..





Khas untuk Jejaka Muslim diluar sana..

Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari aku bersara dari berblog hari ni aku kembali aktif. Bukan senang nak mendapatkan mood untuk berblog ni.

Hari Jumaat lepas kawan aku ada tanya syarat-syarat sah solat jumaat bukan apa sebab aku tengok ramai lelaki yang tak menyertai khutbah jumaat mungkin mereka ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan siapa tau kan....? Jadi aku buat la research balik tentang solat jumaat ni maklumlah setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan semua lupa,hehehe...

Kepada si jejaka yang masih kabur dan yang dah lupa tu aku kongsikan sikit sebanyak yang aku tahu pasal solat jumaat. Selamat beramal (^_^)


Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dengan syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Firman Allah SWT ;


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),
dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"
ayat 9 : Surah al-Jumaat

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
1. Islam
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim

BERMUKIM, BERMASTAUTIN, DAN BERMUSAFIR
1.  Bermusafir ialah orang yang dalam perjalanan lebih daripada dua marhalah (lebih kurang 98 km). Solat Jumaat yang dikerjakan adalah sunat dan tidak dikira dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat.

2.  Bermastautin ialah orang yang tinggal menetap di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk berpindah ke tempat lain. Solat Jumaat adalah wajib kepadanya dan termasuk dalain bilangan 40 orang ahli Jumaat.

3.  Bermukim ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk menetap di situ selama-lamanya. Solat Jumaat adalah wajib baginya tetapi tidak termasuk dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
1. Ditunaikan pada tempat khas.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3.  Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat  Jumaat.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمْ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنْ الْغَافِلِينَ
Orang ramai hendaklah berhenti daripada melupakan solat Jumaat atau Allah menutup hati mereka, kemudian mereka termasuk dalam golongan yang lupa. Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasaie.

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الْجُمُعَةِ بُيُوتَهُمْ
Aku bercadang untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.

KHUTBAH JUMAAT
Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.
Khutbah Jumaat adalah salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah. Jadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَة ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم
"Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri" Hadis riwayat Muslim

RUKUN KHUTBAH JUMAAT
1. Memuji Allah seperti Alhamdulillah
2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW
3. Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah seperti Ittaqullah (إتق الله)
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
5. Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin sekurang-kurangnya
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات


SYARAT-SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
1. Telah masuk waktu Zohor
2. Didahulukan bacaan Kutbah daripada Solat Jumaat
3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dengan solat Jumaat
5. Khatib hendaklah seorang lelaki
6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
8. Khatib hendaklah menutup aurat
9. Khutbah hendaklah disampaikan dengan jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
11. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)

Ini jela yang boleh aku share, semoga akan bermanfaat kepada semua jejaka dan juga gadis diluar sana. Ingat walaupun kita perempuan tak semestinya kita tak perlu ambil tahu semua ni. Mungkin suatu hari nanti anak lelaki anda akan bertanya siapa tahu kan...? 

Thank you, Have a nice day! (^_^)


Saturday, 25 February 2012

Aku Maafkan Kamu..

Assalamualaikum...

Banyak mesej dalam lagu ni, layan la..



Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdillah & Malique



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Thank you, Have a nice day! (^_^)

Aneh! Bagaimanakah ianya berlaku?

Assalamualaikum...

Entah apa yang aneh. Haha aku saja buat tajuk gempak padahal bendanya takde la aneh mana sangat pun. Korang nilai la sendiri aneh ke tak ya.

Tengok gambar kat bawah ni betul-betul. Apa yang korang nampak? Ada 1 titik kecil warna merah dan 1 bulatan besar warna biru. Nampak tak? Kalau tak nampak buka mata korang luas-luas sampai terkeluar biji mata. Sekarang nampak tak? Kalau tak nampak jugak pendek umur.*cerita nujum pak belalang,hihi..


Sekarang semua dah nampak kan? Pandang tepat kat titik merah tu selama lebih kurang 30 saat pastu tengok apa yang korang nampak.


Selamat mencuba...



Apa yang korang nampak?

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Ini Tidak Adil! Serius comel & lawak~~

Assalamualaikum...

Apa yang tak adil? hah ni la nak cerita.. Tengah aku duk internetwalking tadi jumpa la si comel najmi ni duk nyanyi lagu yuna. Comel sesangat! sebelum nyanyi bismillah dulu habis nyanyi siap bagi salam.

layan la video comel neh..



Comel kan?

 Thank you, Have a nice day!(^_^)

Friday, 24 February 2012

Orang Tentu Kata... OK!!

Assalamualaikum...

Apa aktiviti yang biasa orang buat time cuti? Entah aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya bagi mak-mak kat luar tu mesti pergi pasar beli barang dapur untuk dijadikan stok.

Sesapa yang nak shopping barang-barang dapur aku mencadangkan korang pergi ke pasaraya OTK coz sekarang tengah ada promosi harga bazar!  Promosi ni hanya dari 24 Feb sampai 11 Mac jer..

Antara barang-barang yang murah dijual dari harga RM1.00 - RM10.00, bukan cikai punya barang tau! Kalau korang percaya meh datang sendiri tengok. Korang jangan salah faham aku promote bukan sebab aku kerja kat situ tapi bagi menghargai jasa orang yang hantar flyers ni,huhu tq!

Ni senarai harga barang-barang yang murah bermula dari harga RM1.00 jer..

RM1.00
1) Bihun cap menara
2) Drinho soya jagung -2 tin
3) Biskut captain munch choc chip
4) Berus gigi colgate classic
5) Sabun, syampu dan losyen bayi
6) Sabun aktif detergent
7) Pure & fine hair gel
8) Liso handwash
9) Aiskrim cremo
10) Pisau,senduk,sudu,garfu dan macam-macam lagi la.. *nak tulis semua esok pun tak abih..


RM2.00
1) Sardin Moli
2) Kicap lemak cap pelangi
3) Buah laici dalam tin
4) Biskut cream cracker siang-siang
5) Ikan patin
6) Marjerin Sri
7) Bekas tupperware
8) Bakul sampah
9) Aneka mi cap Salam
10) Penyodok dan banyak lagi barang keperluan rumah.

RM3.00
1) Mayonis Telly
2) Kek chiffon Fuji
3) Peluntur cap Pipit
4) Jem roti dan biskut pelbagai perisa
5) Jus Oren Goodday
6) Pelembut fabrik De'free
7) Pembersih muka Pure & Fine
8) Ikan terubuk
9) Ayamadu chicken
10) Bakul,baldi, rak kecil dan sebagainya..


Tunjuk gambar sebagai bukti,hihi..






Banyak lagi barang-barang yang murah tapi aku tak larat nak tulis semua, lagipun kalau aku tulis semua mesti korang muntah tengok banyak sangat. Tunggu apa lagi? Jom serang pasaraya OTK!!

Promosi ni hanya terdapat di Pasaraya  OTK kat Gombak, Sentul dan Puchong. Sesapa yang jauh tu minta maaf la ye. Nanti aku survey kat tempat lain plak.

Thank you, have a nice day! (^_^)

Mengarut di Pagi Hari..

Assalamualaikum...

Good morning! (^_^)

Alhamdulillah pagi nie aku rasa happy sangat tak tau kenapa dan mengapa. Dan oleh kerana itu mood aku untuk berblog pun semakin memuncak jadi aku nak mengarut sikit la pagi-pagi neh,hehe..

Apa ke benda yang aku nak karutkan pagi ni? Takde pape pun sebenarnya,haha padan muka korang tertipu.. Ok aku ada masa lagi 10 minit untuk mengarut sebelum aku pergi jogging. Idea idea......

Hahh dah datang! cepat betul otak aku memikirkan idea. Jadual hari minggu.. Best tak idea aku? mesti  tak best bagi korang kan? Terima kasih *-*

Tanggungjawab yang perlu aku pikul pada hujung minggu :
1) Pagi
    - mandi sikit sikit je coz sejuk
    - solat subuh
    - breakfast susu lembu tu pun kalau lembu sempat taja la.
    - jogging kat masjid terapung
    - mandi lagi sebab dah busuk mandi peluh
    - minum pagi yang berat-berat sikit mungkin daging lembu diatas yang telah disalai. *haha aku tipu.
    - jadi bibik kemas rumah
   
2) Petang
   - masak untuk makan, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan, ingat tuh! *ingatkan diri sendiri coz slalu makan sampai tak sedar diri.
    - solat zuhur
   - tengok tv sampai pengsan *mungkin masa tu tv tengok aku,haha
   - minum petang sup tulang lembu yang kat atas jugak *tipu lagi
   - solat asar
   - shopping macam mak-mak *beli barang dapur
   - mandi

3) Malam
   - solat maghrib
   - makan buat yang sekian kalinya
   - tengok tv lagi sambil bincang perihal dunia sekarang dan masa depan
   - solat isyak
   - masa untuk blogwalking, google abih segala benda yang ada
   - masa yang paling aku tunggu-tunggu --> TIDUR!! bahagianya...

Ok habis dah masa aku untuk mengarut. Alamak aku dah terlebih 5 minit, nak pergi jogging, tata!

Thank you, Have a nice day! (^_^)



 
   



Thursday, 23 February 2012

Muhasabah Diri

Assalamualaikum...

Kecapilah kehidupan dengan rasa syukur
di atas segala kelebihan yang ada dan
Perbaiki segala kelemahan kita..

Ingatlah Allah SWT sentiasa 
disamping hamba-Nya yang soleh,
yang berusaha,yang sabar,tekun, rajin dan ikhlas.

Hati yang ikhlas disukai, disayangi, 
dikasihi dan dicintai oleh 
Tuhanmu, Rasulmu, temanmu, 
dan sekalian alam ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Setiap kesusahan adalah buah kejayaan
Usah sesekali berputus asa dalam mencuba
Berazamlah untuk mencapai kejayaan
Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan
berganda dunia dan akhirat dengan keredhaan-Nya
Amin..




Thank you, Have a nice day! (^_^)



Persamaan Oven dan Perempuan...!

Assalamualaikum...

Surprise sangat la tajuk entry aku arini kan kan kan? Soklan cepukmas nie telah dikemukan oleh salah sorang dari budak kat office aku semalam tapi bila aku cari punya cari search dalam google tetap tak dapat jawapan yang memberangsangkan! frust giler! Then aku buat la survey kat office dengan bertanya to all my colleague. Gtalk dibuka dan process copy paste dibuat.

Conversation with e shahida...
aku: Apakah persamaan oven ngan perempuan?
e: Oven cepat panas & cepat sejuk. Sama jugak dengan perempuan dia cepat panas tapi cepat sejuk lepas dipujuk. Ahaks! nice answer rite?

Conversation with ann rifhan...
aku: Apakah persamaan oven ngan perempuan?
ann:.......................*lupa da ann taip ape-sorry dear,hihi

Conversation with razila...*garang tapi tetap nak try tanya dia,haha..
aku: Apakah persamaan oven ngan perempuan?
zila: Perlu ke saya jawab?
aku: entah. perlu kot.huhu(tulih dalam takut)
zila: nanti sy dapat jawapan saya bagitau kamu. takpun kamu bagitau jela saya bila dah tau jawapan. nie saya dah tekan button search kat kamu.*arahan cari sekarang!
aku: Ok. baiklah..*aku da bagitau jawapan kat dia dalam surau tadi :P


Conversation with shazana...
aku: Apakah persamaan oven ngan perempuan?
sharz: ................ *langsung tak layan message aku, hampehh..


Conversation with sarah... *gadis fakta
aku: Apakah persamaan oven ngan perempuan?
sarah: sarah rasa sama dari segi panas kot. macam perempuan kan subur.
aku: umm betul jugak kan sarah.* kan aku dah cakap sarah ni jawapan dia mesti berdasarkan fakta so jangan sesekali nak ber'auta ngan dia okey!
sarah: kenapa tanya? *tiba-tiba blurr tapi soklan jawab da..
aku: huhu en suhaimi tanya..

So apa sebenarnya persamaan oven ngan perempuan? haha biol betul aku.. lepas aku dah tanya semua orang baru aku teringat balik soklan en suhaimi semalam. Dia cakap perempuan sama ngan toaster, cuba teka sama dari segi ape? ohh no rupa-rupanya aku dah tanya soklan yang salah kat sume orang, nak tanya lagi takut kena capuk, so....




Oven + Toaster + Perempuan= ??

Masih dalam dilema. Seriously aku tak tahu apa kesinambungan antara perempuan ngan toaster. Sesape yang tau please share with me...!

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Wednesday, 22 February 2012

Subhanallah bayi kembar sebelas!

Assalamualaikum...


Agak mustahil secara logik dan sains untuk seorang ibu tanggung 11 orang anak dalam perut, dan menghasilkan 11 ovum. Allah maha kaya, jika Dia mahu, maka semuanya akan berlaku walaupun ianya diluar kotak fikiran manusia. Allahuakbar......!


Aku pun kurang sahih dengan berita nie sebab aku baru jumpa gambar ni kat facebook then aku cari la info sikit-sikit tapi kalau betul la kan aku rasa kagum sangat dengan wanita ni kerana berjaya melahirkan 11 orang bayinya. Orang kata lahirkan anak sorang pun sakit inikan pula 11 kan?


Jenis-jenis kembar:


      Kembar Monozygotic 
  •  Kembar yang hadir dari satu telur yang disenyawakan bersama satu sperma kemudian membesar dan terpisah kepada dua janin. Kembar seperti ini juga dipanggil kembar seiras kerana mempunyai genetik yang sama. Mungkin mendapat janin yang mempunyai jantina yang sama dan rupa paras yang sama. Terdapat kes dimana kembar yang tidak terpisah sepenuhnya dan kekal melekat pada sebahagian anggota badan ketika dilahirkan. Ini dinamakan sebagai kembar siam.
  • Kembar Dizygotic 
  • Kembar yang terbentuk dari 2 atau lebih telur dan sperma yang mana membesar menjadi dua kantung kehamilan dan uri. Kembar sebegini dipanggil sebagai kembar tidak seiras. Mempunyai 2 genetik yang berbeza. Kembar tersebut mungkin mempunyai jantina yang sama atau berlainan dengan bentuk fizikal yang berlainan.
Kembar 11 ni aku tak pasti jenis yang mana satu. , kalau rajin search la dan tolong bagitau aku.

Thank you, Have a nice day (^_^)

Wordless Wednesday #2 : Agungnya Ciptaan-Mu

Keindahan Alam Ciptaan Yang Maha Esa






p/s: bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaanMu. Alhamdulillah.

Monday, 20 February 2012

Kuih Gunting

Assalamualaikum...

Atas permintaan kawan-kawan aku yang dah lama request resepi kuih gunting, hari nie aku nak share resepi nie ngan korang, dah ada resepi boleh la cuba buat ek.. Buat banyak-banyak pastu bawak datang opis, then leh la kita melantak sama-sama, haha...   Selamat mencuba!

Mengikut resepi mak aku macam nie la bahan-bahannya:

1) 1 kilo tepung gandum - aku letak sikit-sikit supaya nanti boleh agak kalau doh dah tak terlalu keras & tak terlalu lembik stop la letak gandum. Pandai-pandai la agak..
2) 1 cawan santan - pastikan santan korang pekat sebab kalau tak pekat nanti kuih gunting korang rasa tak lemak.
3) 1 bungkus rempah kari daging - aku guna cap adabi turun temurun dari resepi mak,hehe..
4) 1/2 cawan marjerin - aku guna planta.
5) Garam secukup rasa - hancurkan garam dengan santan supaya garam sebati bila nak letak tepung.
6) Daun kari - yang nie tak kisah nak letak banyak ke sikit tapi bagi aku lagi banyak lagi sedap coz terasa sikit     karinya tu..

Cara buat gaya aku:

Mula-mula aku kacau santan ngan garam sampai garam tu hancur pastu aku masuk marjerin kacau lagi sampai sebati.. dah sebati boleh la masukkan rempah kari pastu kacau lagi. Lepas dah letih kacau korang masukkan la tepung ngan daun kari pastu uli sampai mandi peluh. kiranya bila peluh dah kuar tu korang dah berjaya la sampai di kemuncak pemprosesan kuih gunting, haha aku tipu(iklan semata-mata)...  Korang agak-agak sendiri la kalau doh tu dah boleh digunting kira dah ok la tu.. Potong saiz macam dalam gambar yang aku tunjuk kat bawah nie pastu goreng dengan api yang kecil,kalau korang buka api besar confirm hangit..! Jangan sesekali tinggalkan kuih nie masa tengah goreng coz masa goreng kena kacau slalu  supaya tak melekat di antara satu sama lain sekaligus mengelakkan kuih korang daripada hangit. Cubalah korang pasti tak kehampaan lepas makan kuih nie, berbaloi-baloi..!

nie la rupanye bila dah masak..

p/s : thanks mom coz sharing great recipe with me, love you so much!

Thank you, have a nice day! (^_^)

My Love

My Love by Westlife



An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)
And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far
[Chorus:]
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green, to see you once again... my love.
I try to read, I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking. (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)
And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green, to see you once again...
To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of
Reaching for the love that seems so far
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green, to see you once again... my love.
Say it in a prayer (my sweet love)
Dreams will take it there
Where the skies are blue (woah yeah), to see you once again. (oh my love)
All the seas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green, to see you once again.... 
My Love...

Are You High Maintenance??

Assalamualaikum....

Aku low maintenance?  Actually memang aku dah tahu pun saja nak cuba jugak benda alah nie,haha.. Kalau korang rasa bosan apa salahnya mencuba kan? Pastu copy paste je masuk blog korang takde orang nak marah, bukan kita buat semak dalam blog orang pun.. Betul tak? Selamat mencuba!

You Are Low Maintenance




Compared to most people, you are incredibly easy going.
To be honest, you are truly a breath of fresh air.

You are open minded about trying new things, and you're not upset when things don't work out.
You are willing to go along to get along. And your attitude helps you truly enjoy life!

Sunday, 19 February 2012

Only Hope

I hope .......




Only Hope by Switchfoot & Mandy Moore


There's a song that's inside of my soul
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold
But you sing to me over and over and over again

So I lay my head back down
And I lift my hands and pray to be only yours
I pray to be only Yours
I know now you're my only hope

Sing to me the song of the stars
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again
When it feels like my dreams are so far
Sing to me of the plans that you have for me over again

And I lay my head back down
And I lift my hands and pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope

I give you my apathy
I'm giving you all of me
I want your symphony
Singing in all that I am
At the top of my lungs I'm giving it back

And I lay my head back down
And I lift my hands and pray to be only yours
I pray to be only yours
I pray to be only yours
I know now you're my only hope



Yang mana satu pilihan hati korang? Switchfoot @ mandy moore? bagi aku dua-dua pun best sebab tu aku letak dua-dua..


Thank you, Have a nice day! (^_^)

Don't Cry

I like this song!



Don't Cry by Guns N' Roses

Talk to me softly
There is something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Somethin is changin' inside you
And don't you know


Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

Give me a whisper
And give me a sign
Give me a kiss before you
tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinkin' of you
And the times we had...baby

And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

And please remember that I never lied
And please remember
how I felt inside now honey
You gotta make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby

And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry
Tonight



Thank you, Have a nice day! (^_^)

Saturday, 18 February 2012

Karnival Karangkraf & Taman Botani Shah Alam

Assalamualaikum...

Oleh kerana hari nie aku cuti, aku akan karang semua cerita yang dah lama tertangguh. Bukan ape, aku tak nak bila aku sampai office esok asyik duk fikir nak update blog jer.. So arini aku nak tulis sepuas hati, sape-sape yang tak suka jangan baca tetap kena baca,haha.. Ok jangan marah nanti cepat tua. Senyummm.. haaa kan cantik..!

Bulan lepas aku ada pergi Karnival Karangkraf dan Taman Botani kat Shah Alam tapi aku tak sempat lagi nak bercerita dalam ni,so aku nak citer jugak la sedikit sebanyak,huhu.. Mula-mula aku ngan kawan-kawan aku pergi Karnival Karangkraf, lepas dah puas shopping buku banyak gila baru kita orang beransur pergi ke Taman Botani plak.

Oleh kerana ini adalah pertama kali aku sampai kat Taman Botani nie, jakun tu memang lebih sikit la.. macam meroyan pun ada. Tambah lagi masa kita orang pergi tu musim salji.. Sejuk siott.. Nasib baik aku dah prepare baju sejuk siap-siap.

Sila lah layan gambar-gambar minah jakun nie.. :')


Ni baru sampai, semua berlakon cool pdahal penat gila da time ni..


jeng jeng jeng kuar pun minah jakun nie, aku pun tak tau ape motif amik gambar camtu..

comey kan umah nie sesuwai ngan k.hada yang kecik tu..

gambar nie telah di edit oleh kawan  aku yang pakai spek tu...

buku-buku yang aku shopping kat karnival karangkraf..

Kira best jugak la taman botani nie tapi aku tak sempat nak pergi semua tempat coz sampai pun dah lewat, banyak abih masa kat karnival tu je. btw best sangat dapat jumpa kawan-kawan lama aku kat sini. Lain kali kita pergi musim bunga plak ye?

Miss u all..!

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Maria Elena came to my house! But..

Assalamualaikum...


Yeay! Hari nie memang aku tak sabar nak tulis entry baru, mahu tak nya balik je jogging aku terus TURN ON my laptop and open my blog. I'm really really happy today because of maria came to my house last night.


Aku balik je rumah tiba-tiba ada maria dalam rumah. Gojes sesangat! Siapa sangka blogger idola aku sudi datang rumah aku coz dia ade photoshoot kat tempat berhampiran. First time aku jumpa dia, rasa macam tak percaya.. Adakah aku sedang bermimpi? Innocent sangat muka maria time aku jumpa tu and yang pasti dia lagi cantik kat luar dari dalam gambar n belog-belog yang pernah aku terjah! Memang tak sangka la dia sudi datang rumah aku dan kami bertepuk tampar like a best friend. Unbelievable rite? 


Memang pun..


Actually tu hanya mimpi aku semata-mata malam tadi..haha! mungkin aku mimpi tu sebab semalam aku tengok maria dalam Facebook Jubah Dubai Souq. Cantik jubah-jubah dia sebab tu sampai masuk lam mimpi kot. Kalau korang tak percaya sila buka sekarang. Siyes gojes and kalau ada sesape yang nak masuk contest dia pun boleh jugak coz kalau aku nak masuk memang tak layak,haha.. Nie ade sample kalau korang nak tengok..





Cantik kan? Tapi maria yang aku jumpa malam tadi lagi gojes.. sila jeles beramai2..!

Kan best kalau mimpi aku tu jadi kenyataan kan kan kan? Mana tau kot-kot boleh jumpa maria in the real world. But it's ok dalam mimpi pun mimpi la, it's better than nothing rite? 


That's all.

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Friday, 17 February 2012

Begitu sukarkah untuk bersyukur?

Assalamualaikum...


Syukur Alhamdulillah. Adakah terlalu sukar bagi seseorang muslim untuk meluahkan rasa syukur diatas segala nikmat yang telah Allah SWT berikan? Jika benar, ayuh sama-sama kita berubah dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah setiap masa dan saat selagi kita masih diberi peluang olehNya. Alhamdulillah..


Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji bagi Allah. Segala yang kita ada pada hari nie adalah milik Allah SWT. Jika anda adalah seorang yang bijak pandai, cantik, kacak, berharta, sihat dan masih bernafas sila ucapkan Alhamdulillah kerana siapa tahu apa yang akan berlaku pada kita di hari-hari seterusnya. Ikhlas tau! Ya begitu senang untuk kita mengucapkannya tapi adakah kita ikhlas dalam pengucapan itu? Fikir-fikirkan la bila masa kita masih diberikan peluang untuk berfikir,Alhamdulillah.. Muhasabah diri.


Aku bersyukur atas segala yang telah Kau kurniakan dalam hidupku Ya Allah. Sesungguhnya segala liku-liku hidup yang telah aku jalani membuatkan aku lebih kuat untuk menempuh segala ujianMu. Alhamdulillah.

1) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu yang baik dan sentiasa menyayangiku.
2) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang ayah meskipun sementara. Tanpa beliau siapalah aku.
3) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa menemani dikala duka.
4) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang penyayang dan sentiasa memahami.
5) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana pada hari ini aku masih diberi peluang untuk mengucapkan rasa syukur kepadaMu. 


Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

Tanpa sedar anda juga telah mengucapkan Alhamdulillah setelah baca semua yang di atas. Teruskan bersyukur.

Niat di hati bukan lah untuk mengajar sesiapa tapi hanya untuk memberi peringatan kepada diri sendiri yang terkadang lupa akan tujuan sebenar hidup di muka bumi Allah SWT. Wassalam.

Thank you, Have a nice day ! (^_^)

Thursday, 16 February 2012

Siapakah Gadis Misteri Nie?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara segar di pagi jumaat nie.

Siapakah gadis misteri tu? Ok cara nak tengok sape perempuan dalam gambar nie korang kena ikut procedure kat bawah nie. Selamat Mencuba!

1) Tengok gambar nie tepat-tepat kat 3 titik kat hidung dia tanpa berkelip selama lebih kurang 30 saat.
2) Tengok kat kertas/papan putih sepantas yang mungkin. Anda akan nampak seseorang.
3) Siapa? Cuba sendiri....

Tengok betul-betul...

Gambar siapa yang korang nampak? komen la ckit...

Thank you, Have a nice day ! (^_^)



Samsung Galaxy SIII

Assalamualaikum....

Oleh kerana Galaxy SIII nie salah satu aku punye wish yang ada kat list aku nie, so aku nak update spec dia yang berkemungkinan keluar April nanti. Aku pun tak berapa sure tarikh sebenar dia release tapi berdasarkan pencarian dalam google maybe April la.. Ok jugak keluar April nanti mana tau kot-kot ade orang nak bagi hadiah Samsung Galaxy SIII sebijik sempena birthday aku,hahaha...... Memang tak mungkin la kan!

Disebabkan aku tahu tak mungkin ada manusia yang begitu pemurah untuk menghadiahkan aku SIII, so terpaksalah aku kumpul duit daripada sekarang demi kerana hasratku yang satu nie.

Aku rasa macam best gila kot SIII nie, mana tidaknya cuba ko tengok spec dia yang aku dapat dari google, klau salah info yang google bagi nie salah la aku.. Jangan maraaah :P


A slide from a private Samsung presentation was leaked and sent to the team over at Phandroid that shows what the future specs of the Samsung Galaxy S3 might be holding and a release year. The specs of the phone are a 12MP rear facing camera along with 1.8Ghz Dual Core(Exynos 4212), 2GB RAM memory, 4.6″ Super AMOLED Plus HD screen,and some that didnt show on the slide were that it will come with LTE and NFC,.a curved glass screen, and Ice Cream Sandwich on launch. These could just be rumors but from what we’ve been seeing about the Nexus Prime being leaked it is a very real reality that these specs could should up in a phone in 2012.


Benarkah ini rupanya Samsung Galaxy SIII? owhh I Like it!

Jadi kesimpulannya doakan lah aku agar dapat memiliki SIII, aku tak nak banyak sebijik pun jadi la, Please...

Thank you. Have a nice day ! (^_^)

Wednesday, 15 February 2012

Ohh Tasha Manshahar.......

Assalamualaikum...

Hari nie aku nak kongsi citer pasal gadis yang bernama Tasha Manshahar, coz nie first time aku tengok dia. Itupun lepas ada sorang kawan aku yang suggest. Dengar punya dengar best jugak suara dia, bak kata juri *you have a talent, keep singing! Itu dari aku punya view la.. Kalau korang nak bagi pendapat masing-masing sila lah tengok dulu camne dia nyanyi dan bagi lah komen sedikit sebanyak, coz aku pun bukan tau sangat perkembangan dia.. So, sesiapa yang lebih tau tu share2 la yek!

    

 Nie biodata tasha sedikit sebanyak yang aku dapat dari google.

Biodata Tasha Manshahar

Nama : Nur Nadia Natasha Bt Mohd Manshahar
Umur : 20 Tahun
Tarikh Lahir : 22 November 1992
Asal : Sandakan Sabah tapi tinggal di Kajang.
Adik Beradik : Anak pertama daripada 3 adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG ILMU KHAS Kuala Lumpur
Facebook :  Tasha Manshahar (Clora Studio)
Youtube : Tasha Manshahar Youtube
Blog : Little Letters To Myself
Lagu : Be Mine, Hati Ini, Put The Blame On Me, Mr. Saxobeat.
Ni plak salah satu lagu dia yang aku paling suke.. enjoy!

Dan aku ada rasa jugak yang Syed Shamim nie sungguh kacak! hahaha *gedik
Thank you, Have a nice day ! (^_^)

Suatu Ketika Dulu

Assalamualaikum...

Setelah bertahun lamanya tiba-tiba aku rindu pada kenangan yang telah terbina sejak dari budak hingusan dulu bersama teman-teman dalam menjalani kehidupan sebagai sang pengemis ilmu yang tegar! cehh ayat.. padahalnya blajar malas..

Sebagai merawat rasa rindu yang lara nie aku buka gambar-gambar yang pernah kita lukis dulu. Dan keputusannya....

 DTK6A yang bajet skema especially aku,hahaha....


 WDC yang gila2 especially yang blakang aku tuh. *kaki buli


 En kamarul yang COOL


tengah berlakon...


Kami sentiasa serasi(^_^) 

Geng-geng buat ketupat sebelum masuk kuliah..

sekian

Ok cukup dulu sampai sini, esok klau free aku sambung lagi.

Thank you, Have a nice day ! (^_^)

Tuesday, 14 February 2012

Wordless Wednesday #1: We Are Family

Singgah sebentar di kedai kopi bay 8 with my business partner. TQ!


 Keje dan makan memang tak boleh dipisahkan


 Ini bukan saya

Bersuka ria la kiteww......

sekian

Thank you, Have a nice day ! (^_^)