CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Friday, 17 February 2012

Begitu sukarkah untuk bersyukur?

Assalamualaikum...


Syukur Alhamdulillah. Adakah terlalu sukar bagi seseorang muslim untuk meluahkan rasa syukur diatas segala nikmat yang telah Allah SWT berikan? Jika benar, ayuh sama-sama kita berubah dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah setiap masa dan saat selagi kita masih diberi peluang olehNya. Alhamdulillah..


Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji bagi Allah. Segala yang kita ada pada hari nie adalah milik Allah SWT. Jika anda adalah seorang yang bijak pandai, cantik, kacak, berharta, sihat dan masih bernafas sila ucapkan Alhamdulillah kerana siapa tahu apa yang akan berlaku pada kita di hari-hari seterusnya. Ikhlas tau! Ya begitu senang untuk kita mengucapkannya tapi adakah kita ikhlas dalam pengucapan itu? Fikir-fikirkan la bila masa kita masih diberikan peluang untuk berfikir,Alhamdulillah.. Muhasabah diri.


Aku bersyukur atas segala yang telah Kau kurniakan dalam hidupku Ya Allah. Sesungguhnya segala liku-liku hidup yang telah aku jalani membuatkan aku lebih kuat untuk menempuh segala ujianMu. Alhamdulillah.

1) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu yang baik dan sentiasa menyayangiku.
2) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang ayah meskipun sementara. Tanpa beliau siapalah aku.
3) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa menemani dikala duka.
4) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang penyayang dan sentiasa memahami.
5) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana pada hari ini aku masih diberi peluang untuk mengucapkan rasa syukur kepadaMu. 


Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

Tanpa sedar anda juga telah mengucapkan Alhamdulillah setelah baca semua yang di atas. Teruskan bersyukur.

Niat di hati bukan lah untuk mengajar sesiapa tapi hanya untuk memberi peringatan kepada diri sendiri yang terkadang lupa akan tujuan sebenar hidup di muka bumi Allah SWT. Wassalam.

Thank you, Have a nice day ! (^_^)

5 comments:

  1. ikhlas akan membuatkan kita berasa lebih dekat dengan NYA...dan kita boleh mengharungi semuanya dengan keikhlasan dan meredhainya

    ReplyDelete
  2. singgah sini bace entry....

    wow! blog ni superb sgt...

    entry yg sangat cool....

    oppa follow sini....

    jom follow oppa balik...

    nice to meet you....

    selamat berblogging...

    maju jaye !!!!

    http://shaberry92.blogspot.com/ ( blog kpop)

    http://sabryoppa.blogspot.com/ (personal blog)

    follow lah 2 2 ...

    hehehehe... nice ")

    ReplyDelete
  3. Khairiz: :')
    ariffin: insyaallah mudah.mudahan.
    sabry oppa: TQ follow blog sy yang tak seberapa nie.. I really appreciate it!
    saya da follow blog awk juga:')
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete