CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Monday, 12 March 2012

Today is My First Day as Caterer (^_^)

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT...

Thanks to my colleagues Mustain ahmad nazir kerana telah mencadangkan saya sebagai tukang masak untuk pelatih-pelatih TNB kat MSTB selama satu minggu hooyeehh!

Terasa seperti mendapat cabaran yang sungguh besar. Maklumlah sebelum nie tak pernah memasak untuk ramai orang. Orang luar plak tu. Berdebar tu tak usah nak cakap la.. Masa tengah masak aku asyik doa jer supaya masakan aku cukup-cukup rasa dan dapat memuaskan hati semua pelanggan. cheewaahh ko nyah bercakap macam chef profesional!


Yela apa tak nya aku rasa excited gila-gila dapat jadi caterer coz aku memang suka masak gila-gila. Makan gila-gila. Tidur gila-gila. Semua la gila-gila. Hahah!

Semalam balik je dari Kota Tinggi, aku terus menjalankan tanggungjawab besar aku *bajet pikul tanggungjawab negara. Habis barang dalam Tesco Puchong aku borong,haha.. Kira semalam macam shopping ala-ala chef la.. uwekk..!

Tapi memang agak banyak jugak la barang yang aku borong semalam sampai aku terpaksa amik teksi balik rumah. Antara barang-barang yang aku beli macam inilah :

1) Telinga gajah aka kuali sebesar rumah.
2) Perigi air panas aka Rice Cooker besar gedabak untuk 20 orang makan.
3) Pembancuh simen aka Blender

Banyak lagi barang yang aku beli tapi telah disenaraipendek kat sini,haha.. Nanti korang muntah plak aku tulis banyak sangat.

Dan untuk menu breakfast pagi ni aku masak Nasi Goreng Kampung dan Keropok Goreng. Pastu beli aneka kuih muih kat kawasan rumah. Aku boleh je nak buat kuih sendiri tapi dah ada ramai orang jual kuih kat kawasan rumah aku tu so aku beli jela dengan niat untuk membantu menghabiskan jualan mereka. Di samping tu ada juga orang yang dapat manfaat bila aku jadi caterer nie kan. Tak gitu??




Insyaallah jika ada kelapangan masa aku akan share resepi nasi goreng kampung yang simple tapi sedap ni ok? Setakat ni jela untuk buat masa ni, see u next entry!

Thank you, Have a nice day! (^_^)



6 comments: