Assalamualaikum...
Anakku,
Dirimu telah diasuh dengan penuh kasih sayang.
Sampainya hatimu
mengecewakan diriku.
Kau pergi jua setelah sekian lama kita bersama.
Anakku,
mengapa aku diperlakukan sedemikian rupa?
Apakah salah dan silap ibumu?
Beritahu
lah! Agar aku tahu dan tidak mengulanginya kepada adik-adikmu yang lainnya.
Anakku,
Kau telah dilahirkan pada tahun 2007 dengan
kembarmu yang telah pergi tidak lama dahulu.
Kini kau pula mengikuti jejaknya.
Sampainya hatimu!
Sampainya hatimu meninggalkan ibumu bersendirian tanpa
meninggalkan teman untukku.
Oh anakku..
Setelah 5 tahun berlalu, akhirnya kau
cipta jurang diantara kita.
Mungkin ini salahku kerana tidak betah mendidikmu
sehingga kau pergi dulu sebelumku.
Kau terlalu banyak didedahkan dengan dunia
luar yang serba canggih.
Setiap hari kau berkhidmat untukku dan melayan segala
kehendak hati ibumu sehingga kini kau tidak mampu lagi melayani semua ini.
Kau pergi
setelah lelah memuaskan segala kehendak ibumu.
Oh anakku..
sungguh berjasa
dirimu padaku.
Dulu, kau sentiasa membantuku bagi menyiapkan segala report dan assignment yang telah diberi padaku.
Kau sentiasa menghiburkan aku
dengan gelak tawamu,
Kau sentiasa menyajikan aku cerita-cerita yang bisa
membuatkan aku dan sahabatku ketawa.
Sungguh berjasa dirimu.
Surat ini ditulis khas buatmu anakku,
Surat ini ditulis khas buatmu anakku,
Kerana sentiasa setia bersamaku hingga akhir hayatmu.
Kau
ratu hatiku.
Kau penawar jantungku,
kau menyeri hidupku.
Kini kau pergi jua
meninggalkan aku sepi(eh,macam lagu plak).
Sambung balik.
Anakku,
aku relakan pemergianmu.
Semoga kau sejahtera disana
bersama adik kembarmu.
Biarlah ibumu ini tidak berteman sehingga cukup duit
untuk mencari pengganti dirimu.
Oh anakku acer4720…
sob sob sob…
huhuhu sori LiYa tergelak lak bile bace.. tp sy faham perasaan awk sbb anak sy pon dulu berpenyakit mcm anak awk jugak. jgn sedih sangat ek
ReplyDeletexpe nanti beli yang baru.. :(
ReplyDelete