CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Tuesday 6 March 2012

Surat Untuk Anakku...


Assalamualaikum...

Anakku,
Dirimu telah diasuh dengan penuh kasih sayang. 
Sampainya hatimu mengecewakan diriku.
Kau pergi jua setelah sekian lama kita bersama. 

Anakku, 
mengapa aku diperlakukan sedemikian rupa? 
Apakah salah dan silap ibumu?
Beritahu lah! Agar aku tahu dan tidak mengulanginya kepada adik-adikmu yang lainnya.

Anakku,
Kau telah dilahirkan pada tahun 2007 dengan kembarmu yang telah pergi tidak lama dahulu. 
Kini kau pula mengikuti jejaknya.
Sampainya hatimu!
Sampainya hatimu meninggalkan ibumu bersendirian tanpa meninggalkan teman untukku. 

Oh anakku.. 
Setelah 5 tahun berlalu, akhirnya kau cipta jurang diantara kita.
Mungkin ini salahku kerana tidak betah mendidikmu sehingga kau pergi dulu sebelumku.
Kau terlalu banyak didedahkan dengan dunia luar yang serba canggih. 
Setiap hari kau berkhidmat untukku dan melayan segala kehendak hati ibumu sehingga kini kau tidak mampu lagi melayani semua ini. 
Kau pergi setelah lelah memuaskan segala kehendak ibumu.

Oh anakku..
sungguh berjasa dirimu padaku. 
Dulu, kau sentiasa membantuku bagi menyiapkan segala report dan assignment yang telah diberi padaku.
Kau sentiasa menghiburkan aku dengan gelak tawamu,
Kau sentiasa menyajikan aku cerita-cerita yang bisa membuatkan aku dan sahabatku ketawa. 
Sungguh berjasa dirimu.
Surat ini ditulis khas buatmu anakku, 
Kerana sentiasa setia bersamaku hingga akhir hayatmu. 
Kau ratu hatiku. 
Kau penawar jantungku, 
kau menyeri hidupku. 
Kini kau pergi jua meninggalkan aku sepi(eh,macam lagu plak). 

Sambung balik. 

Anakku, 
aku relakan pemergianmu. 
Semoga kau sejahtera disana bersama adik kembarmu. 
Biarlah ibumu ini tidak berteman sehingga cukup duit untuk mencari pengganti dirimu. 
Oh anakku acer4720… 
sob sob sob… 


2 comments:

  1. huhuhu sori LiYa tergelak lak bile bace.. tp sy faham perasaan awk sbb anak sy pon dulu berpenyakit mcm anak awk jugak. jgn sedih sangat ek

    ReplyDelete
  2. xpe nanti beli yang baru.. :(

    ReplyDelete