Assalamualaikum..
Ni la aktiviti aku pada hujung minggu. Jogging sampai keluar peluh jantan,haha ayat je lebey. Tapi betul ape, aku kalau jogging selagi tak berpeluh selagi tu aku lari sampai lebam. Biasanya aku habiskan masa 1 jam kat taman nie sambil tengok keindahan suasana di pagi hari sekaligus menghirup udara segar. Aku rasa orang-orang yang terperap dalam rumah tu amatlah rugi sebab tak menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Alhamdulillah aku insan yang terpilih untuk melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. (^_^)
Lepas dah penat pusing taman aku amik gambar ckit2 untuk tatapan korang dan mereka yang diambil gambar sangatlah ceria, yela dah badan sihat otak cergas hati mesti la ceria. Tak gitu??
Banyak aktiviti kat taman ni antaranya aerobik, badminton, jogging semestinyer, memancing dan banyak lagi la. Okey jom layan gambar plak.. Enjoy!
tengok la bersemangat semua.. Kalah u'ols tau..
Akak nak amik gambar saya ek? Jap nak posing..
aku suka badminton tapi tiada teman bermain;-(
lari2..
Masjid Assalam. Cantik kan?
merenung masa depan..
Ok2 dah cukup.. nanti banyak2 gambar orang pun boring nak tengok.
Thank you, Have a nice day ! (^_^)
Why I English
1 month ago
bestnyeee.. nak ikot. lain kali. hehe :D
ReplyDeleteberes... bawak sport shoes skali..:)
ReplyDelete