CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Showing posts with label PenghuluSegalaHari. Show all posts
Showing posts with label PenghuluSegalaHari. Show all posts

Thursday, 22 March 2012

Jangan Pernah Lupa untuk Bersyukur!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini masih diberi kelapangan masa dan ruang bagi mengisi kekosongan blog yang setelah sekian lama tak di update. Di kesempatan nie aku nak panjatkan sepenuhnya rasa syukur yang tidak berbelah bagi kepada Allah SWT kerana telah menyempurnakan hari-hariku. Pernahkah anda rasa tenang dan senang meskipun dilanda seribu satu masalah? ya itulah yang terjadi kat aku saat nie! (^_^)

Semoga semua ini tidak terhenti disini.

Syukur Alhamdulillah. (^_^)




*maaf jika semua entry terbaru saya amat membosankan.
*Jangan pernah lupa untuk bersyukur!

Terima Kasih kepada semua yang masih sudi untuk buka blog nie, Have a nice day! (^_^)

Thursday, 1 March 2012

Mari Berzikir

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk bertemu dengan 'Jumaat' penghulu segala hari.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).


Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)



Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)








p/s: Berdoa dan berzikir lah selagi kita masih diberi peluang oleh-Nya.

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Thursday, 23 February 2012

Muhasabah Diri

Assalamualaikum...

Kecapilah kehidupan dengan rasa syukur
di atas segala kelebihan yang ada dan
Perbaiki segala kelemahan kita..

Ingatlah Allah SWT sentiasa 
disamping hamba-Nya yang soleh,
yang berusaha,yang sabar,tekun, rajin dan ikhlas.

Hati yang ikhlas disukai, disayangi, 
dikasihi dan dicintai oleh 
Tuhanmu, Rasulmu, temanmu, 
dan sekalian alam ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Setiap kesusahan adalah buah kejayaan
Usah sesekali berputus asa dalam mencuba
Berazamlah untuk mencapai kejayaan
Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan
berganda dunia dan akhirat dengan keredhaan-Nya
Amin..




Thank you, Have a nice day! (^_^)



Friday, 17 February 2012

Begitu sukarkah untuk bersyukur?

Assalamualaikum...


Syukur Alhamdulillah. Adakah terlalu sukar bagi seseorang muslim untuk meluahkan rasa syukur diatas segala nikmat yang telah Allah SWT berikan? Jika benar, ayuh sama-sama kita berubah dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah setiap masa dan saat selagi kita masih diberi peluang olehNya. Alhamdulillah..


Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji bagi Allah. Segala yang kita ada pada hari nie adalah milik Allah SWT. Jika anda adalah seorang yang bijak pandai, cantik, kacak, berharta, sihat dan masih bernafas sila ucapkan Alhamdulillah kerana siapa tahu apa yang akan berlaku pada kita di hari-hari seterusnya. Ikhlas tau! Ya begitu senang untuk kita mengucapkannya tapi adakah kita ikhlas dalam pengucapan itu? Fikir-fikirkan la bila masa kita masih diberikan peluang untuk berfikir,Alhamdulillah.. Muhasabah diri.


Aku bersyukur atas segala yang telah Kau kurniakan dalam hidupku Ya Allah. Sesungguhnya segala liku-liku hidup yang telah aku jalani membuatkan aku lebih kuat untuk menempuh segala ujianMu. Alhamdulillah.

1) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu yang baik dan sentiasa menyayangiku.
2) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang ayah meskipun sementara. Tanpa beliau siapalah aku.
3) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa menemani dikala duka.
4) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang penyayang dan sentiasa memahami.
5) Syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana pada hari ini aku masih diberi peluang untuk mengucapkan rasa syukur kepadaMu. 


Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

Tanpa sedar anda juga telah mengucapkan Alhamdulillah setelah baca semua yang di atas. Teruskan bersyukur.

Niat di hati bukan lah untuk mengajar sesiapa tapi hanya untuk memberi peringatan kepada diri sendiri yang terkadang lupa akan tujuan sebenar hidup di muka bumi Allah SWT. Wassalam.

Thank you, Have a nice day ! (^_^)