CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Murahkanlah Rezeki Insan yang Klik

Showing posts with label PelikdanAjaib. Show all posts
Showing posts with label PelikdanAjaib. Show all posts

Saturday, 25 February 2012

Aneh! Bagaimanakah ianya berlaku?

Assalamualaikum...

Entah apa yang aneh. Haha aku saja buat tajuk gempak padahal bendanya takde la aneh mana sangat pun. Korang nilai la sendiri aneh ke tak ya.

Tengok gambar kat bawah ni betul-betul. Apa yang korang nampak? Ada 1 titik kecil warna merah dan 1 bulatan besar warna biru. Nampak tak? Kalau tak nampak buka mata korang luas-luas sampai terkeluar biji mata. Sekarang nampak tak? Kalau tak nampak jugak pendek umur.*cerita nujum pak belalang,hihi..


Sekarang semua dah nampak kan? Pandang tepat kat titik merah tu selama lebih kurang 30 saat pastu tengok apa yang korang nampak.


Selamat mencuba...



Apa yang korang nampak?

Thank you, Have a nice day! (^_^)

Wednesday, 22 February 2012

Subhanallah bayi kembar sebelas!

Assalamualaikum...


Agak mustahil secara logik dan sains untuk seorang ibu tanggung 11 orang anak dalam perut, dan menghasilkan 11 ovum. Allah maha kaya, jika Dia mahu, maka semuanya akan berlaku walaupun ianya diluar kotak fikiran manusia. Allahuakbar......!


Aku pun kurang sahih dengan berita nie sebab aku baru jumpa gambar ni kat facebook then aku cari la info sikit-sikit tapi kalau betul la kan aku rasa kagum sangat dengan wanita ni kerana berjaya melahirkan 11 orang bayinya. Orang kata lahirkan anak sorang pun sakit inikan pula 11 kan?


Jenis-jenis kembar:


      Kembar Monozygotic 
  •  Kembar yang hadir dari satu telur yang disenyawakan bersama satu sperma kemudian membesar dan terpisah kepada dua janin. Kembar seperti ini juga dipanggil kembar seiras kerana mempunyai genetik yang sama. Mungkin mendapat janin yang mempunyai jantina yang sama dan rupa paras yang sama. Terdapat kes dimana kembar yang tidak terpisah sepenuhnya dan kekal melekat pada sebahagian anggota badan ketika dilahirkan. Ini dinamakan sebagai kembar siam.
  • Kembar Dizygotic 
  • Kembar yang terbentuk dari 2 atau lebih telur dan sperma yang mana membesar menjadi dua kantung kehamilan dan uri. Kembar sebegini dipanggil sebagai kembar tidak seiras. Mempunyai 2 genetik yang berbeza. Kembar tersebut mungkin mempunyai jantina yang sama atau berlainan dengan bentuk fizikal yang berlainan.
Kembar 11 ni aku tak pasti jenis yang mana satu. , kalau rajin search la dan tolong bagitau aku.

Thank you, Have a nice day (^_^)

Thursday, 16 February 2012

Siapakah Gadis Misteri Nie?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menghirup udara segar di pagi jumaat nie.

Siapakah gadis misteri tu? Ok cara nak tengok sape perempuan dalam gambar nie korang kena ikut procedure kat bawah nie. Selamat Mencuba!

1) Tengok gambar nie tepat-tepat kat 3 titik kat hidung dia tanpa berkelip selama lebih kurang 30 saat.
2) Tengok kat kertas/papan putih sepantas yang mungkin. Anda akan nampak seseorang.
3) Siapa? Cuba sendiri....

Tengok betul-betul...

Gambar siapa yang korang nampak? komen la ckit...

Thank you, Have a nice day ! (^_^)